Wednesday, July 7, 2010

NOVEL BONUS JULAI

Salam semua,
Lama kita tak bersapa di sini. Saya 'sibuk' sana sini hingga rumah ini sungguh terabai! Tetapi bila ada berita terkini saya tetap akan update di sini... Maka inilah buah tangan terbaru dari saya.......




SAYANG SEPENUH HATI

SINOPSISI :
KALAULAH Aira tahu lidah Fauzien tidak ber - tulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yang diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci. Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dengan Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat me r pati makan di tangan. Jinak, tetapi lari bila ingin dipegang.

Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya, termeterailah hubungan suci yang didambakan. Namun kemunculan tiba-tiba Suri yang mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati. Andai itu kenyataan yang tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

8 comments:

LaraDyana said...

Salam...Tahniah umi atas kelahiran "Novel" baru..InsyaAllah akan dyana dapatkan dan jadikan koleksi.....smg Umi akan terus melahirkan karya yg menarik....(^_^)

Durrah Fatiha said...

Salam Eka,
Tahniah! Cantik baju pengantin tu...

Book said...

tahniah dgn buku baru anda! btw kami di booqc.com ada mempromosikan buku ini - di laman web kami & juga sebagai recommendation dlm fb kami :-)

falina fleena yusof said...

salam, akak
saya da bce novel ni dah, mmg best !
semuanya perfect ! keep it up :)

azni_1405 said...

best!!

amira illyani 샤이니 said...

tgh mmbaca~ best!!!
kipidap2... ^^
i love overseas setting..

love yaa~
thanx for the great effort...

Siti Atiqah Taib said...

Salam...
Semalam baru menghabiskan mabaca novel Sayang Sepenuh hati setelah beberapa bulan beli..memang best dan terbaik...saya suka..

maya marianah said...

novel ni mmg bezzz..
sy hrp k.eka akn troz b'krya dan m'hslkn novel2 t'baik..

ALAF21

ALAF21