Salam semua,
Semenjak Ramadan saya belum punya kesempatan untuk update n3 blog ini, Kalau saya katakan sibuk.....CONFIRM ramai teman2 diluar sana tengah ketawa mengekek. Dan pasti telinga saya merah kalau mereka berada didepan saya sekarang ini.
" Kau bisnes biskut raya ke... sibuk sampai tak cukup masa?" Omel seorang teman yang membuat panggilan jauh untuk bertanya khabar. Saya ketawa besar sambil menjawab.
" Dah 2 tahun.....aku tak bakar biskut" dengan rasa masam manis saya membuka cerita.
" Dah tu, kau ambil upah jahit baju kurung raya ni?" makin kuat ketawa saya mendengar jolokan si teman.
" Aku... kalau jahit jelujur pun senget!!"
" Kalau cam tu, jangan nak bagi alasan sibuk!" cepat aje kawan saya menembak.
Sibuk ke saya? Mungkin benar....alasan sibuk tidak relevan dengan saya. Mungkin juga benar, 'time management' saya yang sering tersasar!! Dan mungkinkah, banyak lagi yang saya terlepas pandang?
Menjalani ibadah Ramadan dan menguruskan keluarga di bulan yang mulia ini tidak banyak beza dengan sebelumnya. Tarikh untuk pulang berhariraya dan merancang perjalanan juga sudah siap diatur. Melihat sekali imbas memang tidak sesibuk mana pun!!!!!!
Cuma mungkin saya 'extra sibuk' dengan cara saya sendiri.
Sibuk berfikir.....
Sibuk merancang itu dan ini...
Sibuk membuang apa yang tidak perlu..
Sibuk membetulkan apa yang tidak kena...
Sibuk memikirkan deco yang sepatutnya..
Sibuk memastikan masa dan tarikh yang sesuai untuk memulakan langkah....
Sibuk blah...blah...blah....
Terlalu panjang kalau saya hendak senaraikan semuanya.
Tambah memeningkan bila selera makan pun sama menyibuk! Pantang ada makanan didepan.. memang tak membazir! Akibatnya kalau orang lain sibuk menguruskan badan saya pula makin 'gebu' dan comel'.
Masa terlalu pantas berputar. Biarlah saya 'sibuk' sekarang daripada terkejar-kejar bila tiba 'masanya'.
'FIRST THING FIRST'
Mungkin itu ungkapan yang paling tepat buat ketika ini.
Buat semua..... selamat menjalani ibadah puasa.
Friday, September 21, 2007
Tuesday, September 4, 2007
Terima Kasih.....
Friday, August 31, 2007
Merdeka.......
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50.
Malaysia tanahair ku.
Malaysia kebanggaan ku.
Malaysia tanahair ku.
Malaysia kebanggaan ku.
Wednesday, August 29, 2007
Auckland..... Aotearoa
Antara gambar kenangan di Auckland.
Diluar mentari agak terik tapi suasana tetap dingin. Karen memandu sambil bercerita tentang Auckland. Sepanjang jalan bunga-bunga mula mengembang kerana Auckland sudah hampir ke penghujung Winter. Saya suka tenguk rumah-rumah sepanjang Epsom road. Cantikkkkk........kalaulah saya ada sebuah cam tu....alahai.
Heritage hotel terletak di Hobson Rd.,bersebelahan dengan Skycity dan cuma dua blok ke Queen St. yang terkenal dengan deretan kedai membelibelah. Kami check-in dan hubby bersedia untuk ke HQ kerana ada meeting jam 3.00.
Kebiasaannya kalau mengikut hubby bertugas saya akan bergerak sendiri. Hop on dan hop off bus dah biasa saya buat sorang2. Free shuttle dan peta kawasan adalah homework saya sebelum datang. Dan trip kali ini juga tidak berkecualian......Karen pejam celik mendengar saya hendak ronda sorang2. Dua kali dia bertanya hubby dan memandang wajah saya" Are you sure your wife will be okey?"
Hubby selamba menjawab..." Sure... she will be alright."
Saya sekadar tersenyum manis.
Kami berpisah di lobby hotel. Hubby start bertugas dan saya start holidayyyyyyyyyyy...
Heritage Auckland.
Any ALL BLACKS FANS? Kalau tidak kerana ke NZ memang saya tak tahu yang All Blacks team ni terkenal sedunia....Teruja sungguh hubby bercerita tentang team rugby ni. Teliti dan terperinci. Saya tenganga tak faham!!( Hubby adalah ex-rugby player masa di MCKK). Sempat saya mengusik...."All blacks team MCKK you tu terror macam all blacks team NZ ni ke?" Dengan wajah bangga, dia menjawab "Kami antara yang terbaik zaman tu...". Hah! betul ke? Saya tak tahu!!!!!
Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di University of Auckland yang saya temui di DressSmart Factory Outlet. Untuk Afiqah, Suriani, Sakina, Fareed, Aikhwan dan Taufik.....jaga diri di rantauan and Study Hard.
MY BODYGUARD. Hubby bersama Allan(bertopi), our tourist guide dan James, seorang pelancong dari Texas ketika mengikuti tour 'West coast and rain forest experience'.
Hati berbunga BANGGA melihat bendera Malaysia berkibar di bumi New Zealand.(Yang sedang berkibar di bumbung bangunan)Hubby bersama Kevin Sanders dihadapan HQ.
Wednesday, August 22, 2007
Monday, August 20, 2007
Rutin.....
Bulan ini bulan yang agak sibuk buat saya. Hubby banyak out-station saya pula sibuk mengikut. Kebetulan pula anak-anak bercuti sebab National day dan oral test PLSE. Bila dah berjalan, sah rumah tidak berkemas dan kain baju juga menggunung. Bila balik kesibukannya berlipat ganti. Baru siap mengemas dah nak travel lagi...kesimpulannya kerja rumah ni tidak pernah ada penamatnya.Kadang2 ingat..lantaklah, saya dah jemu dengan rutin harian ini. Tapi selepas sejam saya bangun jua mengemas. Sesungguhnya, saya rimas kalau tengok rumah tidak teratur.!!!
Hari ini sepetang saya di dapur menyediakan ramuan untuk memasak besok. Ayam, daging, udang, sotong dan dua tiga jenis ikan telah siap dibersihkan. Besok saya cuma perlu masak dan terus pack masuk freezer. Saya bukannya nak buat kenduri dan saya juga bukannya masak bekalan untuk pergi berkelah. Tapi saya menyediakan stok makanan untuk anak-anak semasa saya travel Rabu nanti. Kali ini anak2 tidak ikut dan mak ayah saya turun kesini untuk menemani mereka. Petang tadi masa saya berbual dengan mak di telefon dan cakap saya tgh sibuk didapur,dia dah mula membebel.Melarang saya memasak itu dan ini. Katanya dia pun boleh masak nanti dan kalau payah sangat dia boleh suruh ayah ke kedai depan tu beli lauk. Saya hanya menjawab, 'tak pa dah siap pun'.
Memang tabiat semulajadi saya setiap kali tinggalkan anak2 dgn. mak, saya pastikan segalanya siap. Rumah berkemas, baju sekolah bergosok dan makanan penuh dalam freezer.Emak cuma perlu panaskan lauk, masak nasi, goreng ikan dan mungkin menggoreng sayur.(Tak masak sayur pun tak kisah cos anak2 saya memang degil dgn. sayur). Walaupun mak kata saya ni 'ketegaq' (bahasa org. Penang.) saya tak kisah......Selamba saya jawab "Mak tengok budak2 dah lah, tak yah nak susah payah kat dapur...semua dah siap"
Mak tak terkata apa sebab dia tau anak dia memang 'ketegaq'!!!
'Ketegaq'kah saya ni?
Entahlah....mungkin ia dan mungkin tidak!!!!!!

Monday, August 13, 2007
Helicopter......
Saya ada menerima beberapa pertanyaan mengenai latar tempat dimana terdapat rumah yang mempunyai pelantar pendaratan helicopter didalam novel BELAIAN JIWA. Soalannya disini adakah saya sengaja mengadakan scene itu ataupun memang ianya memang wujud. JAWAPANNYA.....Scene itu memang wujud. Latar tempat itu adalah di pinggir air, Nerang River, Gold Coast Australia.

Gambar ini saya rakamkan ketika melintasi Gold Coast bridge menuju ke Surfer Paradise.

Ini pulak adalah rumah yang disewa oleh Jackey Chan selama 3 bulan ketika pengambaran di Australia. (Sorry...saya tak ingat tajuk movie tu...)

Subscribe to:
Posts (Atom)
ALAF21