Thursday, April 17, 2008

American Idol....

Saya mula fanatik dengan program ni tahun lepas. ( Saya tertinggal keretapi sebab family saya dah ikut dari American Idol yang pertama) Saya kagum dengan kebanyakan peserta yang memang mempunyai vocal yang payah untuk dipertikaikan. Last year my favorite is Latisya, Jordan and Blake. And two of them is a winner!!!
Tahun ni saya sedikit kecewa. Pada saya tak ramai yang menyerlah seperti last year. BUT sorang peserta ni memang sejak awal dah memikat hati saya. Strong vocal dan dia suka menyanyikan lagu yang membawa berbagai pengertian. Malam ni dia menyanyikan lagi When you believe ( Mariah Carey). Meremang bulu roma saya. Dia menjiwai lagu itu dengan baik sekali!!! Dan untuk budak yang baru berumur 17 tahun....dia punya masa depan yang cukup CERAH untuk menjadi SUPERSTAR!!!!

DAVID ARCHULETA - saya suka lihat dia tersenyum. Saya gelar senyuman rezeki. Agak-agaklah kalau saya nak ambil dia buat anak angkat,dia mahu tak?Hehehehe

Sunday, April 13, 2008

Semalam , hari ini dan masa depan...

SEMALAM...
ada
jauh
bersih
mewangi
tenang
BENARKAH????

HARI INI
lihat
dengar
teruja
keliru
kecewa
MUNGKINKAH?????

BESOK...
pedoman
pengajaran
kejujuran
tafsir
rahsia
YAKINKAH?????

Dimana kebenaran
Dicelah kemungkinan
Andai keyakinan
Dihimpit debaran!!!!!

Monday, March 31, 2008

Selamat Pengantin Baru.......

Selamat pengantin baru untuk anak saudara saya Zamir dan Nur Ainunnazli yang sah bergelar suami isteri tanggal 20 Mac 2008. Doa kami seisi keluarga semoga keduanya bahagia ke anak cucu..........

Zamir bergambar bersama ibubapa dan adik beradiknya.

Bersama kaum keluarga dari Utara.

Zamir bersama isteri dan ibubapa mertuanya.

Wednesday, March 19, 2008

Bertemu kembali......

Lama benar kami tidak berjumpa. Dah hampir 4 - 5 tahun rasanya. Cuma sesekali kami berbual di telefon semasa dia di Penang dan saya di Spore.Bila dia berpindah ke luar negara,saya tidak lagi mendengar suara manjanya. Kami bebas bercerita. Dan sesekali saya menjadi kaunselor tak bertauliah. Dan dia menadah telinga mendengar leteran panjang jela saya bila saya rasa ingin menegurnya tentang sesuatu perkara. Orangnya lemah lembut tapi bila ada sesuatu yang menyentuh hatinya dia juga mendapat penyakit saya,mulut bising melepas perasaan. Saya pernah risaukannya bila 'merasakan' sesuatu bila membaca tulisannya. Saya buat panggilan jauh hanya untuk bertanya. Dia ketawa besar dan mengatakan saya hanya berprasangka. Tetapi selepas lama bercerita ternyata firasat saya tepat!!!!
Hujung minggu lepas saya mendapat satu panggilan. Suara yg. agak familiar tapi nombor hpnya tidak saya kenali. Talian tidak begitu clear lalu panggilan tu terputus begitu saja. Sesaat kemudian satu sms masuk.Bunyinya 'K eka dlm. gua ke? Awat line x clear. Umi Azrini' Saya terpana. Biar betul. Takkanlah Umi buat panggilan dari Pakistan.?
Dalam hati saya yakin, pasti Umi dah jejakkan kaki ke tanah melayu. Saya call Lynn yg. dlm perjalanan pulang dari Melaka. Confirm. Umi dah kembali. Kami set plan. Apa cara pun kami kena jugak 'tangkap' Umi. Kebetulan Isnin tu saya sibuk amat. Maka saya lantik Lynn jadi setiausaha terjun. Jemput siapa yang patut dan saya akan sediakan minum petang.
Tiba harinya saya mula kalut. Sampai rumah dah pukul 3.45. Janjinya kami akan berkumpul jam 4. Kelam kabut masuk dapur, mujurlah bibik dah sediakan semuanya TAPI tak sempat pun hidangan masak, loceng depan dah berbunyi!!!
Rasa macam tak percaya.!!!!!! UMI AZRINI di depan pagar saya..
Wajahnya tetap ceria malah makin berseri-seri sejak bergelar isteri.



Lynn,Rose dan Lily Haslina tiba tak lama kemudian. Ruang tamu saya makin 'gempak' dengan 'keselambaan' dan 'kesantunan' Lynn. Sah! Siapa pun akan 'cair' kalau bertemu Lynn Dayana!! Harap-harap Wan tak terkejut ye.....
Laila tiba agak lewat, ada mesyuarat kat sekolah.
Lynn dan lain2 pulang diambang senja. Saya jemput Umi dan Wan dinner kat umah tapi mereka menolak kerana hendak melawat saudara mara yang lain sebelum 'terbang' kembali.
Selepas maghrib pasangan bahgia itu minta diri.
Saya memeluk Umi erat, sempat berpesan,jaga diri di rantauan dan jadi isteri yang baik.
Insyaallah kami akan bertemu lagi masa Pesta Buku sebelum Umi kembali merantau.

Untuk Umi Dan Wan : Kak Eka dan Abang doakan kalian bahagia ke anak cucu.
Lepas ni kak eka pun nak makan share-share lah......hehehehehhe

Sunday, March 9, 2008

Gelombang......

Suatu ketika dulu negeri disebelah utara dilanda ombak besar. Tsunami, satu nama yang cukup asing dan mungkin langsung tidak pernah disebut oleh kita. Dan tiada siapa pernah menyangka, ombak itu akan singgah di persisiran pantai utara.

PULAU PINANG antara negeri yang paling teruk terkena tempias bencana alam ini. Pada waktu itu saya turut merasa kesannya kerana mengenali beberapa orang mangsa yang terkorban jiwa. Malah saya juga sipi-sipi terkena tempias ombak ganas itu!!!! ( Saya berada di tmp. kejadian tapi pada masa tu saya ingatkan air pasang besar yang melimpah ke jalanraya...) Saat itu harta benda, punca percarian dan tempat berteduh banyak yang musnah dan ranap. Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan bersimpati atas apa yang terjadi. Dan kita mula berhati-hati dan mengambil berbagai langkah untuk menghalang tragedi itu berulang lagi.

Semalam... siapa sangka, sekali lagi PULAU PINANG dilambung ombak. Kali ini bukan tsunami bencana alam. Tapi ombak besar suara rakyat. Gelombangnya cukup kuat. Gegarannya mampu membuat saya berjaga hingga 4 pagi!! Sekali lagi saya terasa tempiasnya.

Pilihanraya ke 12 telah mencipta sejarah tersendiri.
YA, saya akur.......
Tsunami ini tidak sampai meragut nyawa.
TAPI, saya pasti......
Tsunami ini sedang melemaskan banyak Jiwa!!!

Tuesday, February 26, 2008

J.CO DONUTS.....

Saya mula mendengar nama ini bila menerima panggilan seorang sepupu dari Sunway Piramid yang menelefon saya kerana bosan terpaksa beratur lama untuk membeli donut 'istimewa' ini.
" I kalau tak kerana sedap tak kuasa nak bersesak macam sini....uncle depan aku ni angkut 5 dozen...nak buat kenduri kot' rungutnya perlahan.
" Sedap sangatkah?" tanya saya.
" Sedapppppp. I sekali beli at least sedozen"
Hah! saya terdiam. Banyaknya! 12 biji tu,sapa yg. nak makan!
" Tak pa lah..nanti I try" balas saya menutup kata.
Minggu berikutnya saya ajak hubby ke Sunway Piramid. Takut dia menolak saya bagi alasan nak try GPS baru. Dia mengangguk dan mula sibuk dok mengodek set GPS. Saya dah happy gila. Bukan pasal nak beli donut tu sangat TAPI sebab nak pi shopping komplek. Saya dah cemuih asyik pi Alamanda!
Sepanjang jalan mulut dok pot-pet bercerita pasal donut ni. Sejujurnya saya tidak suka donut yang banyak make-up tu. Saya suka yang klasik...(yang hanya tabur gula salji aje tu). Hubby dan anak2 pulak memang gila donut. Lagi banyak make-up, lagi banyak filling lagilah depa suka. Cuma lately ni hubby kurang gemar Dunkin Donut sebab katanya manis sangat.
Sampai SP kami turun ke tingkat bawah. Tengok2 J.CO Donut depan mata.Macam tau aje orang cari dia. Memang betul ramai yg. dok beratur. Hubby cuit saya,"cepatlah beratur sebelum makin ramai'. Saya beratur, hubby belakang saya. Mata dah dok melilau...semua donut ada make-up dan filling kecuali satu yg. saja salji dan satu lagi tu botak terus.
Saya tanya hubby nak beli berapa dozen? ( Saya gurau sebenarnya sebab teringat cerita sepupu saya)
"Sedozenlah kot...campur2."Selamba saje hubby jawab.
Dua kali saya kalih belakang. Biar betul!! 12 biji tu! Sapa nak makan? Tak sempat mulut nak bertanya, hubby sampuk dulu. 'Kawan office I cakap, donut ni superrrr.'
Hubby dan anak2 mula pilih yang warna warni dan berbagai topping dan filling. As usual saya pilih yang pucat lesi tu!!. Bayar $20, donut tu kami bawa ke food court. Dalam hati dah tak sabar nak rasa. Kalaulah tak sedap pengsanlah nak kena telan 12 biji ni.
Hubby cuba satu. Dia senyum melerek........
Sara try yang lain. Dia bagi isyarat ibu jari.......
Diyana ambil yang penuh coklat. 'Sedapnyaaaaaaaaa'
Saya ambil yang pucat lesi. Saya angkat kening. Dohnya memang lembut BUT biasa aje......
" Cuba yang ni, berbaloi beli 12. LEPAS NI MEMANG I CARI LAGI. Memang sedap" kata hubby sambil beri saya separuh lagi donut( yg. penuh bertabur badam). Saya rasa. Kening saya terangkat lagi. Kepala dah jadi burung belatuk.
MEMANG SEDAP! LEMBUT! TAK MANIS! TAK BERMINYAK! CREAM DAN FILLINGNYA CUKUP TERASA!
Buat pertama kali saya tak suka yang pucat lesi!!!!
Next time memang saya beli sedozen lagi!!!!!!!

PS: Saya nak loading image Donut tu TAPI entah kat mana silapnya, asyik error.Arrrrrrrg geram betul.....(Nanti saya cuba lagi)

Thursday, February 21, 2008

Sahabat.....

Hidup ini satu perjuangan.Hidup ini satu perjudian.Ayat itu dah terlalu sinonim bila kita menerima nasihat daripada seseorang.Rasanya tiada siapa yang menidakkannya dan tiada siapa juga yang cuba menafikannya. Memang...Hidup ini sukar dijangka. Segalanya mungkin berubah dalam sekelip mata!
Minggu lepas saya membuat temujanji untuk bertemu seorang teman lama yang sudah hampir setahun tidak berjumpa. Bukan lunch date dan bukan juga dinner date tapi breakfast date. Lebih kurang jam 8.30 pagi saya menerima sms darinya yang dia telah pun sampai ditempat yang dijanjikan. Saya tiba lima minit kemudian dan mencarinya diantara ramai pengunjung yang lain disitu.
Mata saya terpaku melihat susuk tubuh berkemeja ungu dan berjean biru yang sedang melambai. Mata saya macam tidak percaya melihat susuk tubuhnya. Berbeza yang amat sangat.Slim macam anak dara!!!Sedangkan dia ibu kepada enam orang cahayamata yang dulunya bertubuh montel. Saya menarik nafas.Rupanya benar khabar yang saya terima!!!(Dari teman2 yg. lain)
Kami berpelukan dan bertanya khabar.Soalan cepumas laju keluar dari bibir saya "apasal kurus sangat ni?" Dia tersenyum(macam selalu)dan tenang menjawab. " I tak sihat...dah setahun kena********" Dia mula rancak bercerita. Dari A-Z.
Dia nampal positif.Macam tak ada apa2.Saya yang mendengar pula dah kecut isi perut." You tak risau?" tanya saya sambil merenung wajahnya yang saya rasakan makin jelita bila dah kurus ni. " Nak risau apa....kita ni makin berumur dah about time penyakit nak menyinggah.. Hari2 rawat org sakit sampai I pun dah terfikir sakit sendiri....Skg. ni tak payah nak diet dah,makan banyak pun tak gemuk "balasnya tetap tersenyum ramah. Saya mengangguk. Teringat kisah lama bila kami pulun diet bila ada majlis yg hendak dihadiri. Kelas aerobik tak pernah tinggal dan pantang dengar ada promotion slimming program, kami dan empat lima org teman lain tak pernah gagal daftarkan diri. Sanggup berhabis...janji kurus! Waktu tu memang maintain. Masalahnya bila terlali seketika badan pun mulalah kembali menggebu.......berat badan yang yo-yo ni memang payah nak handle!!!!
Pertemuan itu menyedarkan saya tentang sesuatu. Hargai kesihatan diri!!!! Sayangi tubuh kita!!!
Sebenarnya.... bila kita terlalu lama berada didalam zon selesa,kita leka dan lalai untuk melihat kemungkinan masa depan. Hingga kita terlupa entah penyakit apa yang sedang bersarang dengan senyap didalam tubuh kita. Seperti kata kawan saya tadi" Penyakit sekarang tak reti nak bagi tanda awal2, dah teruk baru dia muncul!' Kawan saya tu seorang doktor.Kalau dia dah cakap macam tu....siapalah saya untuk menyangkal kenyataan itu!
Untuk Dr. N.....saya doakan segala yang baik untuknya.

ALAF21

ALAF21