Friday, May 29, 2009

JAWAPAN YANG PASTI.....

Insyaallah akan berada di pasaran pada bulan Jun ini....

Sinopsis:
ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.
Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.
Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

P/S : Mood Swing saya dah okey.......bersemangat dan happy!hehehhehehe

Thursday, May 28, 2009

SWING MOOD.....

Mood tengah Zero.....
Bila bad mood mulalah Stress!
Nak buat segala benda rasa Malas....ah!!!

Menaip satu pg pun tidak. Entah bila zamanlah nak mengedit! Dateline makin mendekat. Hasilnya masih pudar!Adoi...

Rasa nak bersantai saja....Relax.Tak kuasa nak memikir banyak. 'Baloq liat' ni makin menjadi-jadi. Pergi buat facial atau sauna best jugak kan?

School holidays just round the corner. Maybe I need a break.
Rasa macam nak balik kampung makan durian! Bagus juga kalau sempat singgah Gurney Drive dan Batu Feringgi!Rasa macam nak lepak tepi pantai Seagate depan Jusco tu. Just tengok Jambatan PP dan merasa angin laut. Ah! Heaven.
Good planning but this weekend saja free...the next 2nd w'end dah ada janjitemu yang tak boleh dibatalkan.
Ehemmmmm maybe balik PP is a perfect idea nak swing back my mood!!!!

Thursday, May 21, 2009

OMG! KRIS ALLEN IS THE IDOL....


WOW! AMERICAN IDOL SEASON 8 IS KRIS ALLEN.......HOOREY!

Talented, Humble and Sweet! HE IS JUST THE BEST!
OH YA!....HE IS HANDSOME TOOOOO

Friday, May 15, 2009

JOM TENGOK KONSERT FINAL AF......

Tomorrow night is girls night out!!!!
Dinner + Tengok Konsert Final Akademi Fantasia.........Sapa nak join?

Thursday, May 14, 2009

FANTASIA HATI DAN PASTI..


Rentetan dari N3 dibawah tercipta satu persoalan yang membuat saya terfikir sendiri....
Adakah setiap apa yang kita lakukan..... JAWAPAN YANG PASTI HANYA ADA DI HATI?
Saya bertanyakan pada Dea Sara...Andainya dia diberi pilihan, dia hendak JAWAPAN HATI atau JAWAPAN YANG PASTI????
Ehem....pada saya,Jawapan hati dan Jawapan yang pasti berkisar antara satu sama lain.........
Ianya tercipta bila ada keputusan yang perlu dibuat atau ada persoalan yang perlu diungkai.
Tiada jaminan yang Jawapan Hati adalah jawapan yang tepat!!
Dan Jawapan Yang Pasti pada saat kita membuat keputusan mungkin saja berubah dalam sekelip mata!!
Dalam kekangan waktu dan situasi kadangkala kita terpaksa membuat pilihan. Pada keadaan A mungkin saja JAWAPAN HATI yang terbaik. Sebaliknya dalam keadaan B, mungkin JAWAPAN YANG PASTI yang paling tepat!!
Apa saja keputusan yang kita buat pastinya adalah yang terbaik pada saat dan ketika itu.....Dan semuanya mungkin berubah mengikut putaran jam. Menyesal bukan isunya disini. JAWAPAN PASTI HARUS JUGA JAWAPAN HATI!....... bila kita redha menerima dengan hati yang terbuka kesan dari keputusan yang telah kita buat.
Berpijak di bumi nyata, hakikat kehidupan ini, segalanya mungkin!
Apa pula pandangan anda?
FIKIR-FIKIRLAH...

Wednesday, May 13, 2009

FANTASIA BULAN MADU.....AMY SEARCH

Dah berzaman lagu ni....TETAPI saya tetap suka!
Dan akan tetap suka FOREVER!!!!!!
Bukan ada sentimental value pun lagu ini pada saya tetapi lirik dan melodinya terasa dekat di jiwa...Kenapa?
JAWAPAN YANG PASTI HANYA ADA DI HATI!

Demi cintaku pada mu
Ke mana pun kau kan kubawa
Kehujung dunia
Kebintang kejora
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biarpun harus kutelan
Lautan bara
Bulan madu di awanbiru
Tiada yang mengganggu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat Cinta
Yang putih tak terbanding
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang Pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gelita
Punah asmara

Monday, May 11, 2009

JANJI PADA KAK ZARA - JAWAB TAG.

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.
Kita : KITA NAK PERGI MANA?
Dia : IKUT SAYA PERGI PRACTICE MUZIK....

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta –
ANAK KUNCI

b) Mencucuk plug soket –
PENCIL, PIN RAMBUT - boleh ke?????

c) Simpan air minuman –
DALAM BOTOL, JUG...

d) Ketika blackout –
LILIN, TORCHLIGHT, KIPAS BATERI -

e) Meluahkan rasa hati –
PADA HUBBY - HIS MY BESTFRIEND!

f) Siang ikan –
PISAU, GUNTING

g) Susah hendak buang air besar –
MAKAN UBAT NONA ROGUY LAWAS KENCANG - Tak terkejar hendak ke tandas! hehehehehe

h) Di mana anda simpankan dokumen penting –
BANK....

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu
SURAT KHABAR / DAUN PISANG?????? - Ada ke daun pisang hehehheehhehheh

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku –
Gigit dengan gigi - heheheheheh

k) Melihat waktu –
JAM ATAUPUN DONGAK KE LANGIT DAN LIHAT KEDUDUKAN MATAHARI!!!!!!!!hahahaha

l) Kalau badan terasa panas –
TANDANYA HATI SEDANG MEMBARA!!!!!

m) Ternampak pencuri –
SAYA LARI DULU!!!!!! hehehe

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya –
BIARKAN AJE.....

o) Soalan akhir masa tidur apa yang and suka peluk?
DAH TAHU BERTANYA PULAK! heheheheheh

Terima kasih kerana anda seorang yang penyabar dalam memberi keterangan anda. Sila tag soalan ini kepada rakan-rakan anda apa mereka kata.
SIAPA SAHAJA YANG SUDI NAK JAWAB....

ALAF21

ALAF21