Tuesday, September 1, 2009

MH 1152.........


Benarlah kata pepatah..pengalaman hidup tidak mampu dibeli dan dinilai dengan wang ringgit. Dan sebagai manusia biasa sesekali kita akan dikejutkan dengan rentetan pengalaman yang tidak dijangka. Samada pengalaman itu pahit atau manis ianya tetap akan menjadi pengajaran dan pedoman untuk kita pada masa hadapan.
Minggu lepas saya terpaksa pulang ke Penang kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Memandangkan janjitemu saya pada hari Jumaat pagi dan saya akan ke Penang sendirian maka saya menempah tiket penerbangan pergi balik. Untuk berlaku adil saya bercadang pulang pada hari Khamis agar dapat berbuka puasa dengan emak saya malam itu dan Jumaatnya selepas urusan kerja saya akan terus ke rumah mertua dan berbuka dengan mereka pula sebelum fly back to KL.
Bagai yang dirancang hubby hantar saya ke KLIA waktu lunch hour sebab fligh saya pukul 4 petang. Kalau mengikut perkiraan saya dijangka akan tiba ke Penang 50 minit kemudian. Memang banyak masa untuk sampai ke rumah mak saya di BP sebelum waktu berbuka. So, planning saya nampak macam sempurnakan? Tapi itu hanyalah perancangan saya.....
Flight saya berlepas mengikut jadual. Semuanya ok. Saya mula excited sementelah pulak sudah hampir dua bulan saya tidak balik ke sana. Penerbangan smooth. Sehinggalah separuh perjalanan bila apa yang OK mula KO!
Hah! penerbangan saya 'dibelai' angin dan 'disapa' awan tebal! Mulanya hanya sedikit golakannya. Saya masih relax. Bukan tak biasa. Rasa macam ok saja. Semakin lama semakin lain pulak lonjakannya. Hati mula bolak balik. Rasa 'pelik' mula menjengah. Melihat keluar tingkap, hanya nampak gumpalan awan. Seketika kemudian.......Uwah! kapalterbang rasa macam dilambung ombak musim tengkujuh! Dah rasa macam dialun dalam buaian!!!!!!! Aduh! sukarnya menggambarkan rasa hati saat itu. Sebagai mana flight terumbang ambing, begitulah rasa jiwa raga saya saat itu! Berbagai perkara pelik mula meracun fikiran. Dalam hati tanpa henti membaca apa saja Surah untuk menenangkan hati. Dari tingkap kapalterbang jelas kami berada dalam litupan awan tebal. Masa tu dah mula teringat mak ayah, hubby dan anak2!!!!!! Kalaulah masa tu hubby di sebelah.... sah saya menangis tak berlagu!!!!!!
Tak lama kemudian juruterbang mengumumkan yang kami akan mendarat sebentar lagi. Hati serta merta lega. Tambah lega bila melihat lautan di bawah saya dan dari kejauhan dah nampak daratan.
Kami mendarat dengan selamat. Syukur alhamdulillah.......
Pramugara mengumumkan ketibaan ke lapangan terbang Pulau Pinang dan bla..bla..bla....Hati benar2 lega. Akhirnya sampai juga ke Penang. Saya mengucap syukur. Mata saya ralit melihat pandangan sepanjang landasan menuju ke terminal utama. Hati berdetik hairan. Nampak lain sangat pemandangan di sepanjang landasan. Ah! Betapa cepatnya perubahan. Sampai di terminal utama dahi saya berkerut seribu bila membaca papan tanda besar berbunyi 'SELAMAT DATANG KE PULAU LANGKAWI, PULAU BEBAS CUKAI'. erk! bila pula papan tanda bertukar ayat????? Saya memandang sekeling. OMG!!! ini bukannya lapangan terbang Pulau Pinang!!!!!!!!!! Saya sure 100% yang saya bukan mendarat di Pulau Pinang!!!! Confirm bukan Penang airport!
Saya di Langkawi????????? Oh my.........
Sebaik sahaja kapalterbang berhenti, semua penumpang mula sibuk menurunkan bagasi dari tempat simpanan diatas dan beratur untuk turun. Saya tahu mereka pasti fikir kami di Pulau Pinang. ( Bukankah tadi pramugara mengumumkan kami di Penang!) Masa ni belum ada apa2 pengumuman dan semua penumpang mula beratur untuk keluar.
Saya terus duduk ditempat saya dan mematikan flight mode handphone saya. Hubby wajib tahu dimana saya berada sekarang! Saya sms hubby dan beritahu keadaan saya. Saya sms adik saya di Penang untuk memaklumkan apa yang terjadi.
Apa respond mereka?
Adik saya gelak2. Dia siap pesan belikan dia sebakul chocolate dan setong pinggan corelle! Dia ingat saya bergurau dan sengaja buat lawak saya di Langkawi!!!!!
Hubby pulak take it serius sebab dia tahu saya tak akan bergurau perkara macam ni! Saya pulak bila dengar suara hubby mulalah nak meleleh.uwak!uwak!
Kesimpulan apa yang terjadi... kapalterbang saya terpaksa dilencongkan ke P. Langkawi kerana cuaca yang amat buruk di Penang. Dan saya terdampar di Langkawi sementara menanti cuaca selamat untuk terbang ke Penang! Saya mula membayangkan kalau cuaca terus buruk dan kapalterbang tak dapat fly. Tersadai di airport???????? Saya gerun sendiri.....
Jadual asal saya sepatutnya mendarat di Penang 4.50 petang. Tahu pukul berapa saya sampai malam tu? 8.30 malam!!!!!!
Rancangan asal berbuka di rumah mak hanya tinggal rancangan......memang tak ada rezeki saya.
Malam tu saya makan sendirian di Kenny Roger Penang airport. Tak sedap langsung!!!!!!!
Jiwa bergolak........hati terasa tanpa dirancang. Kita merancang. Allah yang menentukan.
Saya percaya. Apa yang tersurat. Pasti ada yang tersirat.......

5 comments:

diari-alya said...

Salam,
Apa2 pun syukur semuanya selamat. Peristiwa itu tentunya menambahkan lagi rencah hidup dalam kehidupan kita. Syukurlah tiada kemalangan buruk yang berlaku....
Dah selamat tiba dipangkuan keluarga, mungkin?

Marzalina said...

lucu plak intan rasa hehe..memang kak eka ingat betul2 dah sampai penang ya? tapi memang betul..kita sebagai manusia hanya mampu merancang..tapi Dia yg menentukan. tentu ada hikmah kan.. =)

ziekiera said...

widySalam eka
Begitulah hidup ini yg penuh rahsia....kerana itu kita jgn meletakkan harapan tinggi kepada seseorang,sesuatu dan setiap......syukur eka selamat.

Tabib Haji Norjae said...

Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

Sarnia Yahya aka Sania Yasmin said...

salam kak Eka,
citer akak ni betul2 but sy ketawa sendiri... tp tulah kita merancang Allah sahaja yg menentukan. Apa2 pun alhamdulilah akak selamat juga sampai di Penang

ALAF21

ALAF21