Thursday, September 10, 2009

JUADAH BERBUKA - KUIH RAYA - BALIK KAMPUNG

JUADAH BERBUKA
Minggu pertama puasa saya terikat dengan kesibukan yang tak disengajakan maka agenda masuk dapur langsung tiada. Maid pula memang tak pernah memasak untuk family sebab dah jadi kebiasaan saya yang akan memasak. Jadinya kalau saya tak masak maknanya dapur tak berasap! Makanya pasar ramadhan dan berbuka di luar dah jadi rutin bagi saya sekeluarga minggu tu. Setiap petang lepas office saya dan hubby akan coupling-coupling (ini ayat yang Haziq suka guna kalau saya keluar berdua saja dengan hubby!) ke pasar Ramadhan. Beli 2-3 jenis lauk tapi harganya alahai....mahal amat! Kalau memang sedap pejam mata ajelah tapi bila terkena yang tawar masin pun tak tau nak beza, memang masuk tong sampahlah lauk tu! Masuk minggu kedua, hubby dan anak-anak dah buat muka lemau. Tak adalah mereka complain tapi tetap bercerita yang lauk beli tak sedaplah, makan buffet pun tak best! Saya rasa nak gelak besar! Nak suruh saya masaklah tu! Macamlah saya masak tu sedap sangat! Sejak itu saya pun berperanglah di dapur! Masak apa yang patut sebelum keluar dan petangnya hanya goreng ikan dan sayur. Pernah sekali saya terlambat balik. Sampai umah dah pukul 7 mlm dan baru nak buat ikan sambal belah belakang cencaru. Mujurlah bibik dah tumbuk cili dan bawang, saya cuma nak adunkan saja. Memang berasap satu dapur sebab apinya dah marak tahap maksima! hahahahaa

KUIH RAYA

Minggu ni saya mula buat kuih raya. Dah siap 5 jenis! Hah! itu bab yang best!
Tapi yang nak cerita ni bab tak best!
Entah apa yang tak kena dengan kepala saya tahun ni...biskut raya saya hanya 2 jenis yang menjadi! Bengong betui! Sedangkan ini bukannya 1st time saya buat biskut2 tu......uwak!!!! Rasa nak jerit-jerit saja ni.
BISKUT BUAH PINGGANG - Sedap! yummy.........INI SATU2NYA BISKUT YANG MENJADI.
BISKUT SUNFLOWER COKELAT- Pahit! sebab terlebih coklat kot! Udahlah gitu..warna pun hitam legam! Tak cantik langsung.....
TART NENAS - Badannya superz TAPI inti nenasnya tak rasa apapun! Rasa nenas langsung OUT! Tawar pulak tu! (Intinya saya beli di salah satu kedai yang menjual barangan kuih di Bangi)
BISKUT CORNFLAKE - Keras gila!!!! baling ke dinding pun tak pecah!!!!! Adoi lah.......
BISKUT KRIM - biskutnya berat. Langsung tak rangup! tapi bolehlah nak makan
Kesimpulannya - Saya bukan pakar buat biskut raya! So lupakan niat nak makan biskut sedap2 kalau beraya di rumah saya..

BALIK KAMPUNG
Satu benda yang pasti.... saya dan hubby tak akan berebut balik kampung siapa dulu sebab kampung kami jauhnya hanya berselang 20 minit! Mujurlah>>> hehheheheh
Satu benda yang pasti.... raya tahun ni memang saya jadi tukang masak di rumah mak saya sebab mak dan ayah saya tak sihat. Tapi rendang dan ketupat tetap kena ada! Lauk-pauk tradisi raya wajib disediakan jugak! Sedangkan chef besar (mak saya) tangan kanannya berbalut! Jawapnya chef kecik 3 orang(saya+adik2) akan bergendang di dapur!

NOTE :
JUADAH BERBUKA - Sedap dan berbaloi kalau masak sendiri.
KUIH RAYA - Sedap tak sedap dah buat makan ajelah! hahahahhaa
BALIK KAMPUNG - Kalau ikutkan hati nak baik awal sebab bolehlah berpuasa di kampung dengan mak ayah. Tapi
nampaknya tak dapatlah tahun ni sebab Jumaat hubby kerja dan anak2 masih sekolah. Ehem! Kalau ponteng keje dan
ponteng sekolah boleh tak???????? Haha...
Oh Ya! satu lagi...
Saya sebenarnya terbayangkan kesedapan Nasi Bukhari Pak Ali kat pasar Ramadhan Pejabat Pos Glugur. The Best Nasi Bukhari in Penang!!!!! Ahah! Sapa-sapa yang ada kat Penang tu....cubalah rasa Nasi Bukhari ni.

3 comments:

diari-alya said...

Daa.....
Saya pun cuba2 buat kuih raya. Maklumle anak2 dah besar bolehlah mula menguli adunan. Kuih menjadi itu yang best)siap bagi warning kat anak2 jangan makan sampai habis. simpan untuk raya... malangnya, saya kena buat second round. Kuih untuk raya dah habis!!! boleh ambik kat rumah Ida? (ahakz)
Walaupun masih lambat lagi, saya nak bagitau juga..... SELAMAT HARI RAYA, IDA......!!!! Maaf jika saya tersalah bahasa dan menyinggung hati Ida selama perkenalan kita, ek. Windu... rasa nak jumpa tapi.... kalau kat Penang boleh gak buat appointment uhuk..

Marzalina said...

aduhai kak eka..pagi2 dah buat intan tersengih pasal kuih raya tu hehehe..sampai camtu sekali hahaha

p/s: petang ni boleh try ns bukhari pak ali tuh hehe

Durrah Fatiha said...

Salam Eka,
Tak sangka macam tu sekali cerita buat kuih ya? Bila cerita bab balik kampung ni, teringat lagu Allahyarham Sudirman... Balik Kampunggg'...

ALAF21

ALAF21