Thursday, February 21, 2008

Sahabat.....

Hidup ini satu perjuangan.Hidup ini satu perjudian.Ayat itu dah terlalu sinonim bila kita menerima nasihat daripada seseorang.Rasanya tiada siapa yang menidakkannya dan tiada siapa juga yang cuba menafikannya. Memang...Hidup ini sukar dijangka. Segalanya mungkin berubah dalam sekelip mata!
Minggu lepas saya membuat temujanji untuk bertemu seorang teman lama yang sudah hampir setahun tidak berjumpa. Bukan lunch date dan bukan juga dinner date tapi breakfast date. Lebih kurang jam 8.30 pagi saya menerima sms darinya yang dia telah pun sampai ditempat yang dijanjikan. Saya tiba lima minit kemudian dan mencarinya diantara ramai pengunjung yang lain disitu.
Mata saya terpaku melihat susuk tubuh berkemeja ungu dan berjean biru yang sedang melambai. Mata saya macam tidak percaya melihat susuk tubuhnya. Berbeza yang amat sangat.Slim macam anak dara!!!Sedangkan dia ibu kepada enam orang cahayamata yang dulunya bertubuh montel. Saya menarik nafas.Rupanya benar khabar yang saya terima!!!(Dari teman2 yg. lain)
Kami berpelukan dan bertanya khabar.Soalan cepumas laju keluar dari bibir saya "apasal kurus sangat ni?" Dia tersenyum(macam selalu)dan tenang menjawab. " I tak sihat...dah setahun kena********" Dia mula rancak bercerita. Dari A-Z.
Dia nampal positif.Macam tak ada apa2.Saya yang mendengar pula dah kecut isi perut." You tak risau?" tanya saya sambil merenung wajahnya yang saya rasakan makin jelita bila dah kurus ni. " Nak risau apa....kita ni makin berumur dah about time penyakit nak menyinggah.. Hari2 rawat org sakit sampai I pun dah terfikir sakit sendiri....Skg. ni tak payah nak diet dah,makan banyak pun tak gemuk "balasnya tetap tersenyum ramah. Saya mengangguk. Teringat kisah lama bila kami pulun diet bila ada majlis yg hendak dihadiri. Kelas aerobik tak pernah tinggal dan pantang dengar ada promotion slimming program, kami dan empat lima org teman lain tak pernah gagal daftarkan diri. Sanggup berhabis...janji kurus! Waktu tu memang maintain. Masalahnya bila terlali seketika badan pun mulalah kembali menggebu.......berat badan yang yo-yo ni memang payah nak handle!!!!
Pertemuan itu menyedarkan saya tentang sesuatu. Hargai kesihatan diri!!!! Sayangi tubuh kita!!!
Sebenarnya.... bila kita terlalu lama berada didalam zon selesa,kita leka dan lalai untuk melihat kemungkinan masa depan. Hingga kita terlupa entah penyakit apa yang sedang bersarang dengan senyap didalam tubuh kita. Seperti kata kawan saya tadi" Penyakit sekarang tak reti nak bagi tanda awal2, dah teruk baru dia muncul!' Kawan saya tu seorang doktor.Kalau dia dah cakap macam tu....siapalah saya untuk menyangkal kenyataan itu!
Untuk Dr. N.....saya doakan segala yang baik untuknya.

Sunday, January 13, 2008

Sabar..............

Sejak akhir2 ni saya asyik nak marah-marah aje......
Suhu kesabaran saya asyik dicabar dan diuji.......
Mulut pun mulalah membebel macam bertih jagung.....
Resminya saya ni bukanlah panas baran orangnya.....
Walaupun sering disalah anggap sombong,
Tapi kini tarik muka empat belas dah jadi macam makan nasi!!!!

Terfikir jugak apa yang buat saya berubah....
Mungkinkah kerana persekitaran dan cara hidup yang belum serasi....?
Mungkinkah kerana dalam hati saya masih merindui persekitaran dulu!?
Mungkinkah juga saya semakin lemas dan kesiankan anak2 yang asyik komplen itu dan ini bila balik kesini!?

Satu-satunya manusia yang tak banyak akal adalah suami saya.....
sentiasa cool,relax dan happy
DAN ITULAH PENAWAR YANG MEMBUAT JIWA SAYA SEDIKIT TENANG.

Tambah parah bila...........
Terpaksa memandu dibelakang kereta yang bergerak macam semut sebab asyik berbual di telefon!
Terpaksa berhadapan dengan kesesakan bila kereta di pakir di tepi jalan macam parking di pekan koboi!
Bosan dengan kerja rumah yang tidak pernah habis sebab maid yang tak sampai-sampai!!!!

Alah bisa, tegal biasa.
Mungkin pepatah itu paling tepat untuk saya jadikan sandaran!!!!!!!
Hai, sabar-sabar......

Monday, January 7, 2008

Orang Baru.........

Dua minggu lepas saya berkesempatan menghaziri majlis perkahwinan novelis Nia Azalea di Alor Setar,Kedah. Kini adik manis itu telah sah menjadi milik Faiz, jejaka kacak yang cukup peramah. Mulanya saya fikir saya akan keseorangan ke sana kerana hari itu jatuh pada hari bekerja ( sebenarnya rancangan perjalanan itu telah dirancang dua bulan sebelumnya, masa tu saya masih di Spore) membuat saya sedikit gusar dan segan kerana tidak mengenali sesiapa di situ.Bila Laila Karmila sms dan memberitahu yang dia juga ada disana, saya bersorak gembira. Dan langsung tidak disangka saya bertemu dengan kak Norzalina yang datang dari Perlis.!! Majlis itu juga menemukan saya dengan novelis Dhiya Zafira buat pertama kali.
Nia cantik dan manis bila didandan. Faiz kacak dan tampan duduk disisi.

Buat Nia dan Faiz......SELAMAT PENGANTIN BARU.
.
Malam tadi saya menerima kunjungan pengantin baru ini yang sudi menjejakkan kaki ke teratak saya. Saya sekeluarga amat berbesar hati menerima kedatangan mereka. Kami leka berbual hingga tidak sedar jarum jam pantas bergerak. Rasa belum puas berborak bila Nia dan suami terpaksa meminta diri. Ah! Entah bila kami akan bersua lagi.Nia membalas,insyaallah 3 tahun lagi bila dia pulang ke tanahair atau datanglah melawatnya ke UK. Saya dan hubby berbalas pandangan....mana tahu mungkin ada rezeki kami ke sana!!!!!!!

Buat Nia dan Faiz......saya dan suami mendoakan kehidupan mereka bahagia ke anak cucu. Tabahkan diri hidup di bumi asing dan semoga Nia akan lebih bersemangat menamatkan pelajaran dengan sokongan suami disisi.

Thursday, January 3, 2008

Chestnut,shadow,Pika dan Boo

Sejak dulu anak2 dan hubby memang suka bela binatang peliharaan. Dan bila kami berpindah ke Spore, hobi itu terhenti seketika kerana keadaan persekitaran dan peraturan yang perlu dipatuhi. Bila balik ke sini,mulalah mereka merengek minta mulakan hobi tu kembali. Mulanya saya diamkan aje. Malas nak melayan.Bukannya saya tak suka tapi bila memikirkan kelecehan nak menjaganya,minat tu mati tiba-tiba. Namun minggu lepas saya tak sampai hati nak menolak pemintaan mereka bila sekali lagi terserempak dengan pets shop di sebuah pusat membeli-belah. Selepas sesi pujuk memujuk dan janji berjanji dan dengan syarat mereka akan menjaga dan membersihkan segalanya, saya mengalah.

Dua ekor arnab comel....Chestnut(kekuningan) dan Shadow ( putih)


Pika dan Boo - Dua ekor burung hijau/kuning yang memang dah lama ingin dipelihara hubby.........


Saya suka melihat kelincahan arnab2 tu bermain di laman rumah. Jinak dan cerdik. Saya suka melihat bulunya yang lembut dan halus. Tapi sampai hari ini saya belum menyentuhnya.....saya geli!!!

Tuesday, January 1, 2008

2007......dalam kenangan.


Pantas masa berlalu.Pejam celik 2007 berlalu pergi. Setiap kali tiba tahun baru, usia saya menginjak setahun lagi(baru sedar saya dah semakin tua!!)Melihat anak-anak yang semakin dewasa dan pandai itu ini saya hanya mampu menggeleng(Ah! tak lama lagi mesti rambut saya mula beruban)
Banyak peristiwa manis dan kelat dilalui tanpa sedar.Manis pasti disambut dengan senyuman dan kala kelat,sesekali sebak menyerbu dada.Saya tidak pernah menghitung hari malah saya bukannya jenis orang yang suka merancang itu dan ini. Saya lalui kehidupan ini seadanya.
Alhamdullilah.....saya,suami dan anak-anak diberi kesihatan yang baik ditahun 2007.Semoga kasihsayang antara kami semakin kuat seiring peredaran tahun dan kekal sepanjang hayat.
Alhamdullillah.... kami sekeluarga selamat pulang ke tanahair.
Alhamdulillah atas segala kurniaan ILAHI pada saya sekeluarga.

Setahun yang lalu saya menyambut tahun baru di Singapura sekadar melihat rakyat Malaysia menghitung minit dikaca TV dan menjerit 'Selamat Tahun Baru'.Kala itu jiwa saya melayang pulang ketanahair. Seminit kemudian sms demi sms masuk ke talian dua telefon bimbit saya(Malaysia dan Spore). Malam ini saya mungkin melalui detik yang sama tapi mungkin tiada lagi sms teman2 di Spore.Dan kala saya menulis ini,ingatan saya melayang mengingati mereka. Sesungguhnya,saya tidak mampu menipu diri.....I MISS THEM

Dedication ini tanda ingatan saya yang tidak pernah surut buat mereka,

Woodgrove Condominium - persinggahan sementara yang membuat saya & keluarga terasa seperti berada di
rumah sendiri.
Shirley & Lawrence - tuan rumah yang baik hati.It's a pleasure knowing both of you.(Istilah Kiasu tidak
relevan disini)
Dr. Faridah dan keluarga - Insyaallah kita akan bersua lagi.Mana tahu....mungkin di hospital Malaysia! Take
care Faridah.
Kak Fauziah dan Abg. Jasman - Terima kasih atas persaudaraan ini.(terimakasih memberi saya dan suami
peluang menghadiri majlis perkahwinan di Kolong)
Shila, Azmir, Allysa & Mirul - Tabah hidup dirantauan.Peluk cium utk Allysa dan Mirul(aunty miss you two)
Salmah - Sahabat bercerita dan bertanya itu ini.Gelak tawa dan gurauan mu akan sentiasa
terpahat dihati.Semoga persahabatan ini kekal selamanya.
Kasih - Kau ada dalam tiada.....mungkinkah kau muncul lagi?
Jah - Kerana kau..airmata ini gugur disaat berangkat pulang.I'm going to miss your
cooking!!!
Kartina - Semoga kau tabah menghadapi dugaan ILAHI.
Aisah & Suhaimi - Keep in touch
Nama yang tidak tersebut disini - Kalian adalah lukisan kenangan saya.

Sayonara Singapura ........ pengalaman disana membuat saya semakin dewasa.

Kini.....sudah sebulan lebih saya pulang. Persinggahan baru dan entah untuk berapa tahun lagi. Saya tidak tahu meramal apa yang ada dihadapan. Apa yang saya harapkan agar saya akan terus kuat menghadapi kehidupan ini.
Doa saya.......semoga saya dan keluarga sentiasa dibawah lindunganNYA.
Dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Buat semua rakyat Malaysia
Selamat menyambut tahun baru 2008
Semoga Malaysia semakin makmur dan Aman sejahtera.

Tuesday, November 27, 2007

Hai.....

Salam semua.....
Saya akan 'menghilang'seketika.
Insyaallah kita akan bertemu lagi selepas 10 Dis 2007.
Till Then bye bye.........

Wednesday, November 14, 2007

All in One.......

Penyepian saya bukan kerana merajuk. Tidak juga membawa diri. Saya cuma menumpukan perhatian pada apa yang telah dirancangkan.
Sukar bercerita, biarlah gambar dibawah ini membawa khabar.

Hariraya.....pulang berhariraya dua minggu tapi cuma satu rumah yang sempat saya kunjungi!!!!!!
Diyana tersenyum. Happy day for her.
Saya dan hubby......alhamdulillah

I'm going home. Insyaallah.......

Open house dan birthday Haziq

Sara's Graduation Day.

ALAF21

ALAF21